

Seramai 320 orang peserta Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan (NKISMKPM) Kali Ke-7 Tahun 2010 dari seluruh negara mula mendaftar masuk ke tapak Nadwah di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan mulai hari ini.
Nadwah selama 4 hari 3 malam ini dijadualkan bermula pada 2 - 5 Ogos 2010 dan akan dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan pada 3 Ogos nanti. Seluruh warga kerja Nadwah dari JPN Kelantan mengalu-alukan kehadiran semua kontinjen dan pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk berkampung di Kelantan.
Semasa taklimat khas kepada petugas Nadwah pada hari Khamis lepas, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Kelantan, Tuan Haji Ab. Razak Mat Saat memohon kerjasama semua petugas dan jawatankuasa kerja Nadwah bersiap sedia untuk menyambut ketibaan kontinjen yang akan tiba melalui jalan darat dan juga melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu dari seluruh negara.
No comments:
Post a Comment