Saturday, August 7, 2010

UPLOAD DEMI UPLOAD... COMING SOON!


ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
JANGAN PUTUS ASA, KAMI SEDANG DALAM PROSES UPLOAD LEBIH BANYAK LAGI BERITA, LAPORAN DAN GAMBAR KENANGAN ANDA SEMASA BERADA DI SWEET BEACH RESORT, TOK BALI (2-5 OGOS 2010). SEBARKAN MAKLUMAT DAN JIKA ADA SESUATU YANG INGIN DIKONGSI BERSAMA,HANTARKAN CETUSAN, ALAMAT EMAIL, BLOG ANDA ATAU APA-APA SAHAJA YANG POSITIF UNTUK DIKONGSI BERSEMA KEPADA ALAMAT EMAIL BERIKUT: nadwah2010@gmail.com.... jika anda ingin berinteraksi terus boleh juga terus melayari blog moderator dengan KLIK di sini. Ruangan sembang di blogNadwah 2010 ini akan dibuka tidak lama lagi. Terima kasih kerana sabar menunggu. Anda tidak rugi melayari blog Nadwah ini kerana di sini akan di meriahkan suasana dengan gambar foto kenangan anda semua.

BULETIN NADWAH 2010 - KELANTAN



Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7 Tahun 2010 kali ini telah mendapat liputan secara berterusan melalui BULETIN NADWAH yang diterbitkan sebanyak 4 keluaran bermula hari pertama sehingga hari terakhir. Menurut ketua editor penerbitan BULETIN, En. Wan Mohd Zuhairi Wan Abdullah, buletin ini memaparkan secara ringkas dan padat keseluruhan semangat dan aktiviti nadwah yang dilalui oleh para peserta. Apa yang positif dipaparkan untuk menjadi kenangan semua peserta. Paparan yang lebih padat disiarkan di laman khas: nadwah2010.blogspot.com. Semuanya ini adalah untuk kenangan berkekalan semua peserta yang bakal menjadi pemimpin masa depan.

AHLAN WA SAHLAN & SELAMAT BERNADWAH


Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Kelantan, Tuan Haji Ab Razak Mat Saat mengucapkan selamat datang kepada semua peserta Nadwah yang mewakili barisan kepimpinan masa depan dari seluruh pelusuk negara. Bercakap kepada Buletin Nadwah, beliau mengharapkan semua tetamu yang datang akan gembira selama berada di sini. Beliau turut berdoa agar segala perancangan yang telah diatur rapi oleh jawatankuasa yang diketuainya berjalan dengan sempurna. Apa yang penting ialah objektif penganjuran Nadwah ini menjadi keutamaan dalam apa jua keadaan. Beliau juga turut berharap agar kontinjen yang hadir ke Kelantan kali ini mengambil sebanyak mungkin pengalaman semasa berada di sini. Ahlan Wa Sahlan dan Selamat Bernadwah untuk semua.

1MALAYSIA BERKAMPUNG DI KELANTAN




Seramai 320 orang peserta Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan (NKISMKPM) Kali Ke-7 Tahun 2010 dari seluruh negara mula mendaftar masuk ke tapak Nadwah di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan mulai hari ini.

Nadwah selama 4 hari 3 malam ini dijadualkan bermula pada 2 - 5 Ogos 2010 dan akan dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan pada 3 Ogos nanti. Seluruh warga kerja Nadwah dari JPN Kelantan mengalu-alukan kehadiran semua kontinjen dan pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk berkampung di Kelantan.

Semasa taklimat khas kepada petugas Nadwah pada hari Khamis lepas, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Kelantan, Tuan Haji Ab. Razak Mat Saat memohon kerjasama semua petugas dan jawatankuasa kerja Nadwah bersiap sedia untuk menyambut ketibaan kontinjen yang akan tiba melalui jalan darat dan juga melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu dari seluruh negara.