NADWAH 2010 (NKISSKPM) KELANTAN DARUL NAIM “SAHSIAH CEMERLANG KEPEMIMPINAN TERBILANG” *** Detik-detik berharga dalam menyemai benih kepimpinan Islam aset berharga milik negara, membangun modal insan kelas pertama, menjana pembangunan agama, bangsa dan negara.... Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Kali Ke-7 Tahun 2010. Selamat Datang Ke Kelantan Darul Naim....
Monday, July 19, 2010
SELAMAT DATANG KE KELANTAN

JABATAN PELAJARAN KELANTAN MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA KONTINJEN NADWAH 2010 DARI SELURUH NEGARA KE NEGERI KELANTAN. SELAMAT BERHIMPUN DI SWEET BEACH RESORT, TOK BALI, PASIR PUTEH, KELANTAN PADA 2 -5 OGOS 2010. PEMIMPIN GENERASI DEPAN BERTEMU MENAUT UKHUWAH DI NKISSKPM KALI KE-7 TAHUN 2010.
NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM SSKPM

Nadwah Kepemimpinan Pelajar merupakan program tahunan yang telah dimulakan pada tahun 2003 di negeri Terengganu Darul Iman. Ia merupakan satu usaha murni untuk melahirkan generasi pelajar yang berketrampilan memiliki sifat-sifat terpuji, berkemahiran memimpin dan mampu memartabatkan ummah.
OBJEKTIF
Meningkatkan daya kepimpinan pelajar sekolah menengah sebagai persediaan untuk melengkapkan diri menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Meningkatkan kesedaran terhadap peranan kepemimpinan pelajar untuk mengisi wawasan 2020.
Meningkatkan kesedaran dikalangan kepimpinan pelajar tentang cabaran-cabaran masa depan yang hebat seiring dengan perkembang ICT.
Memupuk akhlak mulia dikalangan kepemimpinan pelajar untuk menampakkan model kepemimpinan Islam di kalangan mereka.
TEMA
“SAHSIAH CEMERLANG KEPEMIMPINAN TERBILANG”
Subscribe to:
Comments (Atom)